Assalamualaikum...
Sedar tak sedar..sekarang dah lepas pun raya..
harapnya tak terlambat lagi Aq nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam tak kira dimana jua anda semua berada...^_^
Selepas berbulan-bulan, akhirnya dapat jugak Aq update blog Aq hari ni...
Ini kerana sepanjang bulan-bulan yang lepas sehingga kini, bermacam-macam perkara yang tidak dijangka telah berlaku kepada family Aq..
Aq pun memang tak sangka benda ni akan berlaku..
Bak kata pepatah, malang memang tak berbau dan itulah yang berlaku kepada family Aq..
Apa-apa pun,family Aq redha dengan apa yang menimpa kami sekarang ni...
Ini pasti adalah ujian dariNya kepada kami..
Pasti semua tertanya-tanya,apa yang dah berlaku pada family Aq kan?
Tetapi mungkin ada juga sebahagian pembaca yang dah tahu apa yang menimpa family Aq...
Actually dua bulan yang lepas, adik Aq telah disahkan menghidap penyakit kanser tulang atau nama lainnya dipanggil osteosarcoma pada bahagian kaki belah kanannya...
Sekarang dia sedang menjalani kemoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia di kubang kerian,kelantan...
Dia juga tidak dapat berjalan seperti biasa memandangkan keadaan kakinya yang bengkak dari peha ke buku lali menyebabkan dia tidak dapat menjalankan rutin hariannya...
Tetapi dugaan menimpa lagi kepada family Aq..
Bila menjelang hari yang sepatutnya adik Aq menjalani kemoterapi kali kedua, darah adik Aq tak cukup dan dia terpaksa menjalani pemindahan darah terlebih dahulu sebelum proceed pada kemoterapi yang kedua..
Dan sekarang stok darah di hospital tidak mencukupi..adik Aq cuma dapat satu beg darah sahaja untuk dipindahkan..
Jika esok didiagnosis darahnya masih tak berapa ok,dia mesti mendapatkan bekalan darah lagi...
Aq bersyukur kalau darah dia ok tetapi kalau darah itu masih juga tak mencukupi,dia masih tiada masalah untuk mendapatkan bekalan darah yang lain memandangkan family Aq selalu juga menderma darah jika ada kempen derma darah dijalankan dimana-mana..
Abang Aq berdarah O dan Aq sendiri dari jenis darah yang sama dengan adik Aq...
Apa-apa pun,Aq harap esok semuanya akan baik-baik sahaja supaya adik Aq dapat menjalani kemoterapinya yang kedua...
Ini kerana kemoterapi ini dapat mengurangkan sedikit sakit dan bengkak pada kakinya..
Akhir kata, Aq harap para pembaca semua dapat sama-sama doakan kesembuhan adik Aq dari penyakit ini...supaya dia dapat menjalani kehidupannya seperti biasa...Aminnn....

No comments:
Post a Comment