Followers

Saturday, August 16, 2014

InTeRnSHiP







Assalamualaikum...
alhamdulillah..esok dah masuk minggu kelima Aq start internship,,,
setakat ni semuanya berjalan lancar,,
tak ada apa-apa masalah yang berlaku,,
cuma biasa la,,mula-mula start kerja dulu rasa canggung la jugak sebab tak berapa kenal orang lagi,,,
sekarang dah ok dah,,,^_^
akak-akak dan abang-abang yang kerja kat situ semuanya sporting,,,
tak ada yang sombong-sombong...
syukur sangat Aq tak ada masalah dengan pekerja kat situ,,,
kalau dengar cerita dari kawan-kawan Aq yang lain,,
ada jugak yang kena ganggu dengan pekerja-pekerja kat tempat praktikal diorang,,,
kesian jugak Aq kat member Aq tu,,
tapi nak buat macam mana, dia dah pilih nak praktikal kat situ,,,
jadi, dia kena tahan je la sebab dia tak ada pilihan lain selain daripada teruskan praktikal kat situ sampai bulan 12 nanti,,,
Aq nak tolong pun tak boleh,,Aq cuma boleh suruh dia sabar je la...huhuhu..



hmmm...berbalik pada cerita Aq tadi...
mula-mula buat kerja tu, banyak juga la yang Aq tak tahu,,,
kadang-kadang ada juga yang Aq salah buat,,
tapi alhamdulillah sekarang Aq dah boleh buat semua tanpa ada apa-apa masalah,,,
thanks sangat kepada akak-akak yang dah banyak beri tunjuk ajar,,,
daripada tak tahu apa-apa pasal kerja,,Aq dah banyak dapat timba ilmu,,
sekarang Aq dah boleh buat kerja dengan baik walaupun kadang-kadang ada juga yang Aq silap buat...
dan sekarang Aq baru tahu, macam mana rasanya bekerja,,
sebelum ni Aq asyik belajar je, tak pernah lagi buat kerja-kerja macam masa praktikal ni,,,
sekarang Aq tahu macam mana life masa kerja,,hihihi
kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang,,,
malam je la masa untuk relax,,,itu pun bukan relax sangat pun sebab banyak lagi benda yang nak kena buat..
sekarang pun Aq dalam proses mencari tajuk untuk buat thesis,,,
tak tahu la nak buat tajuk apa,,,
bulan depan dah nak kena tunjuk proposal kepada advisor,,,
tapi satu apa pun Aq tak buat lagi,,,huhuhu,,
siapa ada idea nak buat tajuk apa? Aq memang tak ada idea langsung,,huhuhu,,
Aq harap Aq dapat la beberapa tajuk sebelum bulan depan,,,
kalau tak dapat, tak tahu la tu macam mana Aq nanti,,,
ok la, sampai sini dulu,,
rasa macam dah lambat sangat dah ni,,biasa time macam ni Aq dah sedia nak tidur..
takut tak sedar pula esok nak pergi kerja,,hihihi,,
nanti ada masa, Aq sambung lagi,,,
nite semua,,, ^_^


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved 3385gurlz.blogspot.com